Nampaknya blog ni akan aktif bila tuan punya blog rasa nak post sesuatu je. Beria habis intern tak nak bagi blog berhabuk, sampai ke sudah ke laut. Dah habis intern ni dah kerja ke belum ye? Next entry okay. Sekarang focus on main topic iaitu tentang pilihan selepas SPM.
Macam mana aku tergerak hati nak buat post pasal ni sebab sepupu aku baru je lepas SPM. So, dia antara budak2 yang terima result haritu la kan. Dan sekarang ni aku tinggal kat rumah sepupu aku ni atas sebab- sebab yang tertentu. Hahaha. Pasal result SPM sepupu aku tu tak yah nak cita la naa. Sekarang ni dia duk kalut isi UPU dan tak tahu nak ambil jurusan apa. Tengah isi2 UPU tu mak sepupu @ mak sedara aku bising kat sepupu aku ni sebab tak kaji betul2 apa yang dia nak ambil dan sesuai dengan kelulusan dia. Kesian pun ada aku tengok, tapi tak nak la menyampuk kan. So macam option yang cerah peluang untuk dia sekarang ni adalah diploma sebab matrik nampak macam competition makin tinggi.
Habis SPM ni rasa berbaloi ke nak ambil diploma and spend banyak masa hanya untuk segulung diploma. At least 2 tahun setengah dan yang paling lama 3 tahun. Sebenarnya macam ni lah nak kata, kalau perform dalam SPM, ikut suka la nak ambil asasi ke, matrik ke, diploma ke atau STPM. Tak semestinya ko straight A haa confirm mesti masuk asasi. Tak. Tu semua atas diri sendiri, sendiri yang nak belajar kan. Kenapa aku kata macam tu, sebab mesti ada yang fikir rugi kut SPM perform boleh ambik matrik or asasi yang setahun tu tapi nak jugak tunggu 2 tahun ambik STPM. Semua ni atas niat sebenarnya, kalau niat kita dari awal nak belajar, campak la dalam tasik ke, hutan ke, gunung ke tetap boleh belajar. Ada je kawan aku 9A tapi dia ambil diploma berbanding matrik. Ada jugak kawan kepada kawan aku, 10A tapi nak ambil STPM jugak. See, masa depan kita, kita yang tentukan. Keputusan SPM tu sebagai pembuka jalan je kita nak p mana.
Rasa mampu dan layak ambil asasi? Teruskan niat tu sebab bukan senang nak dapat peluang tawaran dalam asasi and yes perform SPM insha Allah akan ditawarkan untuk buat asasi. Matrik? Ye tak semua matrik setahun, ada yang 2 tahun. Tapi still kalau 2 tahun tu masih sama dengan tempoh STPM. Dan waktu matrik ni la ko kena bersaing dan berusah dengan sesungguh2nya sebab student matrik bukan 50-60 orang. Riban2 ok. Tapi yang best nya matrik sebab ko masih dapat rasa suasana sekolah macam tinggal kat hostel. Cara pembelajaran memang tough la jugak sebab walaupun matrik ko tetap akan belajar general subjek. Semua dalam kadar general tapi based on aliran la. Takkan aliran akaun belajar subjek biologi pulak kan.
Done asasi dan matrik, sekarang STPM pulak. STPM pun agak tough jugak, tapi mengambil masa 2 tahun dan waktu ni berusaha la sesungguh2nya sebab market STPM memang laku. Kalau dapat CGPA 3.5 ke atas tu sangatla cantik dan insha Allah dipermudahkan dalam menyambung pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda. Tapi kalau tak perform STPM pun agak bahaya sebab peluang nak dapat tawaran sambung belajar tu makin tipis. Diploma? Buang masa? Dah la lama sampai 3 tahun ye dak? Ye aku budak lepasan diploma uitm. Tak dapat tawaran matrik ke dan kenapa ambil diploma. Dapat tawaran matrik tapi dalam aliran sains tulen dan itu adalah sebab utama aku tak nak pergi matrik. Kenapa diploma? Sebab aku ditawarkan jurusan Diploma Matematik. Of course mata aku fokus pada Matematik tu. Memang diploma lama kan, kenapa nak bazirkan masa sampai 3 tahun. Back to niat. Kalau niat tu nak belajar, lambat ke cepat tetap dapat ilmu jugak kan?
Most interesting part bila aku pilih nak ambil diploma, kawan aku call dan tanya dapat mana? Aku bagitahu la diploma UiTM. Dan dia pun macam terkejut, matrik tak dapat ke? Asal tak ambik matrik. Aku habaqla dapat, tapi tak nak p. Kawan aku pun sibukla duk kata rugi la, belajar lambat habis orang lain dah start ijazah aku masih terkontang-kanting habiskan diploma la. Yang lagi best tu siap habaq " Oh, kiranya aku habis belajar dulu dari ko la ni kalau kita dua sambung ijazah kan? Sebab aku kat matrik setahun je lepas tu terus boleh ambil ijazah." Aku pun ye kan jelah orang jenis mcam ni "Aah memang aku habis lambat dari ko pun sebab aku memang nak ambil diploma tu". Masa jawab je okay, dalam hati sape tauuuu. Hellooooo lambat cepat aku ambil ijazah ko ke yang tentukan? Ta the end aku dengar dia duk kat matrik 2 tahun. Leulz. Tuhan dah habaq kan jangan riak. Fikir dan jadikan pengajaran okay.
Tengok kena kecam macam tu pun still aku nak masuk diploma jugak. Tak kira. Sebab memang niat tu dah simpan rapi untuk ambil jurusan tu. Dan akhirnya berjaya sambung ijazah sarjana muda dalam 2 tahun setengah je. Tak sangka sebenarnye UITM ada pengecualian kredit bila sambung pengajian dalam jurusan yang sama. Rezeki tu bukan kita yang pegang kan. Dan akhirnya aku habis belajar sama ja macam orang yang ambil matrik konon mula2 setahun tu. Semua pilihan ade pros and cons. Ikhlas dalam menuntut ilmu, insha Allah dipermudahkan jalan. Aminnn..
No comments:
Post a Comment