Saturday 29 February 2020

Beli smartphone baru

Hai, assalamualaikum readers.

Orginally saya adalah Android user, mula-mula smartphone diperkenalkan pun saya pilih Android sebab Android banyak yang mampu milik. Ye lah kan zaman study, study pun guna duit PTPTN, tak payah la berangan nak guna duit PTPTN beli iPhone, beli handphone untuk keperluan bukan untuk kehendak.

So the first smartphone yang saya beli adalah Sony Ericsson Xperia X8. Legend jugakla sikit sebab sekarang Sony Ericsson mana ada dah. Bagi saya phone ni best jugak, yelah first time guna phone full touchscreen kot, mestilah best aje. Phone ni comel je bila pegang. Dulu tak famous lagi dengan smartphone besar-besar ni, semua saiz yang easy to handle by one hand je. Okay bawah ni gambar Xperia X8 tu.

Tak ingat berapa tahun guna Xperia X8 tapi rasanya tak lah bertahun-tahun sebab phone dah start nak “hang”. Jenis saya takkan beli handphone baru selagi yang ada tu tak mendatangkan apa-apa masalah. So lepas tu saya decide untuk beli Samsung pulak. Survey punya survey saya berkenan kat satu model ni, sebab Samsung pun nak kata murah takdela murah sangat. Masa tu model Samsung yang paling famous adalah Samsung Galaxy Note sebab saiz yang boleh tahan besar dan ada stylus pen. Pen tu bagi saya yang menambahkan tarikan orang nak beli Note ni sebab mana ada brand phone  lain yang ada pen tu. Even Note paling famous, tapi kerana saya masih study and banyak lagi duit nak guna untuk study, so saya beli Samsung Galaxy Mega 6.3...ini adalah legend paling legend phone yang saya pernah ada tau.

Atas ni adalah Samsung Galaxy Mega 6.3, model ni sebenarnya ada dua jenis iaitu saiz 5.8 dan 6.3. Actually saya nak yang 5.8 sebab ada function dual sim tapi untuk 6.3 tak ada dual sim tu. Bila saya pergi Samsung Official Store memang ada 6.3 je, 5.8 tu memang tak ada dan bila tanya staff Samsung tu dia kata sebab tak masuk Malaysia. So sad, and saya proceed je beli 6.3 tu, waktu tu pujuk hati even tak dapat phone dual sim, screen besarrr gila. Haha. Best sangat k nak tengok movie or acah nak study guna phone je. Dulu saya tak ambil kisah pun specs bila beli phone ni, RAM ke battery capacity ke, storage ke ape-ape ke memang tahu pun sendu-sendu tapi tak rasa nak compare dengan phone lain bila nak membeli.

Kenapa saya kata Samsung Galaxy Mega 6.3 ni paling legend? Legend di mata saya jelah, orang lain tak la kan. Sebab saya guna phone ni lebih dari 5 tahun, dari zaman study sampai la dah kerja lebih setahun. Amazing kan. Dah kerja, dah ada duit sendiri pun tak rasa lagi nak beli phone lain sebab sayangg gila kat phone and still functioning well. Sampai ada orang kat office tegur la phone tu boleh buat tv sebab besar sangat =..= until one day phone ni start on off sendiri. Saya suspect sebab bateri, plus bila lepas full charge pun cepat betul bateri drop even tak guna phone sangat. Cable banyak kali jugak tukar, sebab charger port pun macam problem... then saya pun beli la another android phone, Huawei Honor Play Limited Edition.

Smart kan phone ni, masa ni memang nak cari phone low budget je sebab lagi sebulan lebih je nak kahwin, takut terguna bajet kahwin. Haha. Storage okayla, RAM pun berbaloi dengan harga sebab phone ni target market nya adalah gamers. Kenapa saya yang bukan gamer pun beli jugak? Sebab saya nak phone yang tahan lasak dan boleh guna lama dan saya rasa inilah phone nye... tapi malangnya selepas setahun 4 bulan dia mula buat hallll. Stress k stress.

Akhirnya saya beli lagi phone baruuu... phone apa? Next entry

Tuesday 25 February 2020

Bersalin di UKM Specialist Centre

Assalamualaikum...

Hai, dulu saya update tentang nak cari tempat praktikal, sekarang nak update tentang beranak. Ehhh, dah beranak dah kan, cepat betul masa berlalu.

Okay cukup-cukupla intro tu, saya nak share pengalaman saya beranak di UKM Specialist Centre (UKMSC) pada 22.08.2019. Actually saya memang survey sikit-sikit tempat nak beranak ni, zaman sekarang ni beranak kerajaan or swasta pun jadi isu. Haihhh. Untuk saya simple, kalau rasa mampu nak bayar untuk swasta and tak rasa rugi pun berhabis kat swasta, go on. Tapi kalau sebaliknya pergi je kerajaan, tak berdosa pun. Apa-apa pun bincangla dengan suami korang nak beranak mana, yang keluar tu nanti anak suami dan isteri jugak, bukannya anak salah sorang je.

Mula-mula pregnant memang saya checkup di KKIA, sampaila dalam 6-7 bulan macam tu saya dah start booking untuk beranak kt UKMSC. Boleh tahan jugak charge bila start checkup di swasta ni, huhu. Apa-apa pun ukurlah baju di badan sendiri. Btw saya overdue actually, beranak pada 41 minggu. Itupun after induce. Baby seronok sangat duduk dalam perut tak nak keluar, buat ctg pun elok je dia tidur dalam perut tu. Alhamdulillah saya beranak secara normal with vacuum. Sebab teran tak lepas-lepas, nak tak nak kena vacuum la jugak, huhu. Yang penting baby selamat.

And doctor yang attend saya adalah Dr Nirmala yang mana memang dari checkup 6-7 bulan tu saya dah book dia. She is very kind and soft spoken, nak beranak pun rasa tenang je. Total cost saya beranak di UKMSC dalam RM 3.6k, normal delivery with vacuum. Bilik pun sangat okay sebab bilik sorang satu kan, ada single sofa and tandas yang boleh tahan besar dan selesa. Nak mandi lepas beranak pun senang. Nak solat apa semua pun senang jugak kat dalam bilik tu je.

Saya beranak tengah malam tau, so keluar je dari labor room husband mengantuk teruk. Ahaha, rasa macam dalam pukul 2-3 pagi macam tu keluar labor room. Sebab adanya single sofa tu, nasib baik husband boleh tidur lena la sikit kat situ. Actually management ada sediakan katil lipat, tapi kena bayar sewa per night, husband kata takpe dia boleh tidur kt sofa. I is okay je sebab dia kata takpe kan.  Untuk saya, memang selesa beranak kat UKMSC ni cuma prepare for the worst case bila nak beranak swasta ni. Kalau emergency czer, hmm tak tahula berapa bil nya. Semoga anak-anak seterusnya saya dapat beranak normal lagi. Aminnn...

After a few years...

Finally after a few years, baru teringat dan baru terasa nak update blog ni. Will share more about life, tips and any info for others reference. Semoga saya consistent. Aminn. 

Rasa macam nak letak one pic yang saya download dari google image, to boost my spirit to be consistent in updating this blog. Macam-macam nak share dengan orang ni. Tungguuu... 


Semoga setiap yang baca, tak kira sekarang or akan datang akan dapat mencapai impian korang masing-masing. Tak salah berimpian sebab itu menunjukkan korang ada target untuk apa yang korang nak capai dalam hidup ni because LIFE NEVER EASY TO US.

Wednesday 22 March 2017

Pilihan selepas SPM. Asasi, diploma, stpm atau matrik?

Assalamualaikumwarahmatullahiwabaraktuh..

Nampaknya blog ni akan aktif bila tuan punya blog rasa nak post sesuatu je. Beria habis intern tak nak bagi blog berhabuk, sampai ke sudah ke laut. Dah habis intern ni dah kerja ke belum ye? Next entry okay. Sekarang focus on main topic iaitu tentang pilihan selepas SPM.

Macam mana aku tergerak hati nak buat post pasal ni sebab sepupu aku baru je lepas SPM. So, dia antara budak2 yang terima result haritu la kan. Dan sekarang ni aku tinggal kat rumah sepupu aku ni atas sebab- sebab yang tertentu. Hahaha. Pasal result SPM sepupu aku tu tak yah nak cita la naa. Sekarang ni dia duk kalut isi UPU dan tak tahu nak ambil jurusan apa. Tengah isi2 UPU tu mak sepupu @ mak sedara aku bising kat sepupu aku ni sebab tak kaji betul2 apa yang dia nak ambil dan sesuai dengan kelulusan dia. Kesian pun ada aku tengok, tapi tak nak la menyampuk kan. So macam option yang cerah peluang untuk dia sekarang ni adalah diploma sebab matrik nampak macam competition makin tinggi.

Habis SPM ni rasa berbaloi ke nak ambil diploma and spend banyak masa hanya untuk segulung diploma. At least 2 tahun setengah dan yang paling lama 3 tahun. Sebenarnya macam ni lah nak kata, kalau perform dalam SPM, ikut suka la nak ambil asasi ke, matrik ke, diploma ke atau STPM. Tak semestinya ko straight A haa confirm mesti masuk asasi. Tak. Tu semua atas diri sendiri, sendiri yang nak belajar kan. Kenapa aku kata macam tu, sebab mesti ada yang fikir rugi kut SPM perform boleh ambik matrik or asasi yang setahun tu tapi nak jugak tunggu 2 tahun ambik STPM. Semua ni atas niat sebenarnya, kalau niat kita dari awal nak belajar, campak la dalam tasik ke, hutan ke, gunung ke tetap boleh belajar. Ada je kawan aku 9A tapi dia ambil diploma berbanding matrik. Ada jugak kawan kepada kawan aku, 10A tapi nak ambil STPM jugak. See, masa depan kita, kita yang tentukan. Keputusan SPM tu sebagai pembuka jalan je kita nak p mana.

Rasa mampu dan layak ambil asasi? Teruskan niat tu sebab bukan senang nak dapat peluang tawaran dalam asasi and yes perform SPM insha Allah akan ditawarkan untuk buat asasi. Matrik? Ye tak semua matrik setahun, ada yang 2 tahun. Tapi still kalau 2 tahun tu masih sama dengan tempoh STPM. Dan waktu matrik ni la ko kena bersaing dan berusah dengan sesungguh2nya sebab student matrik bukan 50-60 orang. Riban2 ok. Tapi yang best nya matrik sebab ko masih dapat rasa suasana sekolah macam tinggal kat hostel. Cara pembelajaran memang tough la jugak sebab walaupun matrik ko tetap akan belajar general subjek. Semua dalam kadar general tapi based on aliran la. Takkan aliran akaun belajar subjek biologi pulak kan.

Done asasi dan matrik, sekarang STPM pulak. STPM pun agak tough jugak, tapi mengambil masa 2 tahun dan waktu ni berusaha la sesungguh2nya sebab market STPM memang laku. Kalau dapat CGPA 3.5 ke atas tu sangatla cantik dan insha Allah dipermudahkan dalam menyambung pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda. Tapi kalau tak perform STPM pun agak bahaya sebab peluang nak dapat tawaran sambung belajar tu makin tipis. Diploma? Buang masa? Dah la lama sampai 3 tahun ye dak? Ye aku budak lepasan diploma uitm. Tak dapat tawaran matrik ke dan kenapa ambil diploma. Dapat tawaran matrik tapi dalam aliran sains tulen dan itu adalah sebab utama aku tak nak pergi matrik. Kenapa diploma? Sebab aku ditawarkan jurusan Diploma Matematik. Of course mata aku fokus pada Matematik tu. Memang diploma lama kan, kenapa nak bazirkan masa sampai 3 tahun. Back to niat. Kalau niat tu nak belajar, lambat ke cepat tetap dapat ilmu jugak kan?

Most interesting part bila aku pilih nak ambil diploma, kawan aku call dan tanya dapat mana? Aku bagitahu la diploma UiTM. Dan dia pun macam terkejut, matrik tak dapat ke? Asal tak ambik matrik. Aku habaqla dapat, tapi tak nak p. Kawan aku pun sibukla duk kata rugi la, belajar lambat habis orang lain dah start ijazah aku masih terkontang-kanting habiskan diploma la. Yang lagi best tu siap habaq " Oh, kiranya aku habis belajar dulu dari ko la ni kalau kita dua sambung ijazah kan? Sebab aku kat matrik setahun je lepas tu terus boleh ambil ijazah." Aku pun ye kan jelah orang jenis mcam ni "Aah memang aku habis lambat dari ko pun sebab aku memang nak ambil diploma tu". Masa jawab je okay, dalam hati sape tauuuu. Hellooooo lambat cepat aku ambil ijazah ko ke yang tentukan? Ta the end aku dengar dia duk kat matrik 2 tahun. Leulz. Tuhan dah habaq kan jangan riak. Fikir dan jadikan pengajaran okay.

Tengok kena kecam macam tu pun still aku nak masuk diploma jugak. Tak kira.  Sebab memang niat tu dah simpan rapi untuk ambil jurusan tu. Dan akhirnya berjaya sambung ijazah sarjana muda dalam 2 tahun setengah je. Tak sangka sebenarnye UITM ada pengecualian kredit bila sambung pengajian dalam jurusan yang sama. Rezeki tu bukan kita yang pegang kan. Dan akhirnya aku habis belajar sama ja macam orang yang ambil matrik konon mula2 setahun tu. Semua pilihan ade pros and cons. Ikhlas dalam menuntut ilmu, insha Allah dipermudahkan jalan. Aminnn..

Wednesday 18 January 2017

Nakal sungguh!

Lama jugak dah tak update. Sampai dah habis dah praktikal. Macam tak percaya pon ade, tapi memang dah habis dan sekarang ni tengah struggle nak cari kerja. Hmmm.

Actually nak cerita pasal pengalaman masa praktikal. Mula-mula memang agak tak best sebab macam pishang habis kat situ. Dahla sorang2, xde geng praktikal kat jabatan yang sama dan staff semua non-muslim. Tapi staff non-muslim tu tak adalah jadi masalah sangat sebab nampak la mereka ni bukan dalam golongan yang racist. Cuma macam masalah sikit bila mereka bersembang bukan menggunakan Bahasa Melayu, tu rasa macam insecure sikit. Kot-kot la ada termengata kite ke kan...haha, tapi jadi positif jela kan. Since dari kecik sampai besar, dari tadika sampai masuk u memang tak pernah ada kawan yang bukan orang melayu ni. Area rumah pulak memang 100% melayu, so possibility nak ada kawan bukan melayu ni macam rendah sangat. Masuk pulak uitm, lagi la tak ada langsung.

Sekarang baru nak cerita pengalaman, intro pon panjang benau. First task adalah mengajar which memang bukan favourite or boleh kata tak penah ada niat dan minat pun nak masuk dalam bidang pendidikan ni. Disebabkan praktikal, just do it jela. Masa ni lah nak cari experience kan. Kelas pertama masuk, krik2 la jugak dan nampak la dyorag macam memang tak minat nak pay attention pun. Waktu tu dah kata, this is my very first challenge. Nak tackle mereka punya attention sangatla susah sebab memang tak ada background education langsung kan. Tapi kalau nak strict sangat dengan pelajar2 macam ni pun susah, sebab jiwa mereka ni lain daripada yang lain. Haha. Paham2 sendiri k.

Day by day, class by class and at the end aku dah tau macam mana nak bagi mereka ni pay attention, 50% pun cukupla. Haha, at least rasa lah berbaloi mengajar mereka kan. Nakal sungguh? Yes, sangat nakal jenuh weih nak handle. And ade jugak orang kata mereka ni more jahat than nakal. Aku tak suka buat assumption sendiri, tapi bagi aku kalau jahat tu yang sampai berani cabar pengajar la gitu. Nakal tu memang banyak, jahat tu sikitla kot. Sebab apa aku kate mereka ni nakal sungguh je tapi tak jahat, bile push2 sruh siapkan assignment, mereka ni buat jugak. Kerja pon boleh tahan. Cuma perlukan attention lebih sikit la. Kalau kelas 14 orang tu senang la sikit nak explain and push satu2 bnda. Tapi kalau 30 orang tu, mampuih ceq.

Apa2 pun tu semua pengalaman. Best tu adela jugak dari tak ada langsung kan. Tak rugi sebenarnya rapat dengan pelajar2 ni sebab mereka pun manusia jugak kan. Cume pandai2 la handle. And agak rasa kalau mereka dah start nak pijak kepala kita tu, attack balik. Haha.

Sv kata aku ni soft sangat dengan students. Haha. Rasa macam dah habis garang, tapi garang aku kat mereka cover2 lagi gitu. Maklumla budak praktikal je kan. Simpan je tanduk tu senyap2.

Sunday 23 October 2016

Tempat praktikal

Entry ni adalah kesinambungan daripada previous entry, tentang misi pencarian tempat untuk menjalani latihan industri@praktikal. Akhirnya, lagi 2 minggu nak start praktikal barulah aku dapat feedback dari tempat yang aku mohon. Alhamdulillah, bukan satu, bukan dua tapi tiga. Setelah pikir tambah tolak bahagi darab faktor2 kewangan dan kemudahan, saya pilih IKBN. Kenapa saya pilih IKBN instead of pejabat daerah n Dhotel? Sebab jaraknya yang paling dekat dengan rumah saya dan tak payah nak tempuh kesesakan jalan raya kat Bandar Seri Iskandar tu. Kalau pejabat daerah tu ok la jugak, jalan pon masih tak busy lagi. Cuma Dhotel tu memang agak busy sebab bersebelahan dengan supermarket.

Rasa bersyukur jugak akhirnya penantian ku berakhir. Tapi dekat IKBN tu aku sorang jelah student UiTM yang buat praktikal kat situ. Sebab mostly aku dengar ramai yang pergi pejabat daerah dan PPD. Sorang pon sorangla, yang penting ada tempat. Prinsip aku mudah, takkanla nak praktikal pon nak buat sama-sama dengan kawan yang memang dah kenal. Apa kata ubah angin sikit, tak ada kawan yang kenal pon tak apa..boleh dapat kawan baru masa praktikal nanti. Staff pon kira kawan la jugak kan. Apa yang penting dapat jugak tempat nak buat praktikal dari tak dapat langsung. Tak mau la ceq extend sebab masalah tak dapat tempat je. Penat 2 tahun kat UiTM Arau tu memerah otak, tenaga dan masa nak bagi habis on time jugak.

Last but not least, yang penting tu usaha. Dah usaha barulah boleh tawakkal. Harap tawakkal je tapi usaha tak ada pon tak jadi apa jugak. Dan sekarang hampir 2 bulan dah saya praktikal and tak lama lagi habislah. Yeayy!!! Happy je rasa, tapi lepas tu serabut balik sebab kena pikir pasal nak cari kerja pulak. Tapi sekarang saya dah start survey2 mana-mana tempat yang ada kekosongan staff, kalau ada bolehla try apply dulu ke. Untung-untung habis intern je dapat tawaran kerja, InshaAllah, kalau ada rezeki adela tu. Kalau takde kena sabar dan teruskan usaha semangat jaya lagila kan. Rugi tau jadi degree holder tapi menganggur je.

Tapi memandangkan ekonomi sekarang yang tak berapa nak stabil ni, istilah pengangguran tu memang susah nak elak. Mungkin boleh dipertimbangkan untuk jadi businesswoman pulak ke, hahaha. Online shopping pon sekarang ni dah semakin relevan. Tapi nak buat business ape eh? Any suggestions?

Okay lah, sampai sini dulu. Next entry saya nak story2 sikit pasal pengalaman intern kat IKBN ni. Sikit jela, tak boleh banyak2. Haha. Assalamualaikum my blog readers.

Monday 3 October 2016

Tak dapat tempat latihan industri/praktikal

Assalamualaikum.

Since saya sedang menjalani latihan industri saya sekarang, saya nak cerita susah payah jerih perih dalam mencari penempatan untuk latihan industri ni atau selalunya orang panggil praktikal. 

Sape la tak frust, ko prepare awal2...lepas je lecturer bagi taklimat dengan pantas dan efisiennye ko pergi print cover letter, resume, transkrip bagai semua tu untuk hantar ke tempat2 yang memang ko dah target untuk buat praktikal kat situ and at the end, dah smpai musim final exam still tak dapat tempat lagi!

Rasa memang nak give up dah, tapi kalau give up jawabnye extend la ceq. Tak maula kot extend sebab tak dapat tempat nak buat praktikal jeee. Dan sudah semestinya ada bunyi2 yang keluar contoh 

"Tak logikla tak dapat tempat langsung."
"Takkan takde yang terima application u."

Sedih rase hati tahu. Kalau nak kate tak ada effort langsung ke, last minute baru nak sibuk nak apply tempat ke, lainla cerita. Bertambah2 sedih rasa hati bila kawan2 semua dah dapat tempat, aku yang dok terkontang-kanting dok apply merata lagi. Sekali aku pos, nak dekat 5 tempat macam tu. Ada yang by email jugak, tapi dalam 2,3 tempat je. Bila call tempat2 yang buat application tu, okay dah terima surat... nanti pihak kami maklumkan kemudian. Sampai ke sudah tak dimaklumnya. Tggu 2 minggu tak dapat any feedback lagi try pulak apply tempat lain. 

Tak dapat reply letter langsung ke? Ada je dapat, cuma maklumkan penolakan untuk menerima pelajar praktikal atas sebab penempatan dah penuh. Actually, tak tahu nak salahkan siapa.. sebab taklimat pon diberikan agak lewat dari kampus2 yang lain, info dari kawan2 yang study kampus lain sendiri.

Atau inikah yang dinamakan ujian? Mungkin, Tuhan nak uji sabar ke tidak aku ni kan. Hidup ni tak bolehla nak smooth sentiasa je tak. Senang kat sini, susah tang lain pulak. Ada jugak orang kata nak dapat tempat praktikal senang n cepat mostly guna kabel@cable. Ni bukan cable usb okay, maksudnya 'orang dalam'. Faham2 sendirila~. Entahla, aku anggap rezeki masing2. Kadang tak tentu jugak...guna cable pon boleh jugak kene tolak application tu.

Moral of the bebelan, bersangka baiklah dengan perancangan tuhan. Tapi jangan terus redha dan tawakkal je dah asyik apply tak dapat tempat. Cuba dan terus cuba. Kalau nak give up tu jangan lama sangat, dalam 2,3 hari je. Hahahah, of course la aku give up jugak...sebab aku hanya hamba yang lemah. Tapi dalam 2,3 hari gitu je. Lepas hilang rasa give up, apply and terus apply lagi sampai bengkak2 mata dok online cari tempat. Kadang tu rasa nak marah pon ada, ada lah jugak yang kena tempias sikit2 bila asyik tanya

"Dah dapat tempat ke belum?"

Yang tau tu senyap2 je okay. Maaf dipinta sebab kadang2 memang suka emo pon. Manusia kan. Okay, baru nak habaq pasal konklusinya kat sini,

BERTABAHLAH DALAM MENCARI PENEMPATAN UNTUK LATIHAN INDUSTRI@PRAKTIKAL.

Nak tau macam mana dapat tempat praktikal? Next entry la~

Tuesday 27 September 2016

Berhabuk!

Assalamualaimum. 

Akhirnya setelah hampir 4 tahun tak update blog ni, hari ni terbukak pulak hati nak tengok sama ada kewujudan blog ni ade lagi ke tak. Ingatkan dah kene remove sebab lame sangat tak update ye ponn... Jenuh jugak nak cuci habuk tdi, tebal nak dekat 10 inci la jugak. 

Blog ni telah diwujudkan pada tahun 2012 oleh seorang pelajar Diploma Sains Kuantitatif @ Diploma Sains Matematik dari UITM Seri Iskandar, Perak. Macam sejarah dah okay ada tahun dan tempat kewujudan. Dan yang menariknye, tuan punya blog tengah praktikal untuk tahun akhir Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Pengurusan Matematik dari UITM Arau, Perlis. Bukan main lama ye tuan punye blog ni lupekan blog dia.

Dan cuma nak bagitahu jugak kat sini, walaupun tak nak tahu tapi rasa nak bagitahu jugak. Hahaha. Insha Allah lepas ni tuan punya blog akan rajin2kan diri untuk meng'update' since ada request dari pihak2 yang berkenaan.

Blog ni diwujudkan untuk berkongsi minat, pengetahuan dan serba sedikit tentang pengalaman saya dalam menjalani liku2 kehidupan daripada seorang pelajar sehingga bergelar seorang pekerja. 

Dan ampun maaf juga dipinta untuk my previous posts yang gaya bahasa ye macam2 budak baru nak 'up' sangat. Hahaha. Bye.