Saturday, 29 February 2020

Beli smartphone baru

Hai, assalamualaikum readers.

Orginally saya adalah Android user, mula-mula smartphone diperkenalkan pun saya pilih Android sebab Android banyak yang mampu milik. Ye lah kan zaman study, study pun guna duit PTPTN, tak payah la berangan nak guna duit PTPTN beli iPhone, beli handphone untuk keperluan bukan untuk kehendak.

So the first smartphone yang saya beli adalah Sony Ericsson Xperia X8. Legend jugakla sikit sebab sekarang Sony Ericsson mana ada dah. Bagi saya phone ni best jugak, yelah first time guna phone full touchscreen kot, mestilah best aje. Phone ni comel je bila pegang. Dulu tak famous lagi dengan smartphone besar-besar ni, semua saiz yang easy to handle by one hand je. Okay bawah ni gambar Xperia X8 tu.

Tak ingat berapa tahun guna Xperia X8 tapi rasanya tak lah bertahun-tahun sebab phone dah start nak “hang”. Jenis saya takkan beli handphone baru selagi yang ada tu tak mendatangkan apa-apa masalah. So lepas tu saya decide untuk beli Samsung pulak. Survey punya survey saya berkenan kat satu model ni, sebab Samsung pun nak kata murah takdela murah sangat. Masa tu model Samsung yang paling famous adalah Samsung Galaxy Note sebab saiz yang boleh tahan besar dan ada stylus pen. Pen tu bagi saya yang menambahkan tarikan orang nak beli Note ni sebab mana ada brand phone  lain yang ada pen tu. Even Note paling famous, tapi kerana saya masih study and banyak lagi duit nak guna untuk study, so saya beli Samsung Galaxy Mega 6.3...ini adalah legend paling legend phone yang saya pernah ada tau.

Atas ni adalah Samsung Galaxy Mega 6.3, model ni sebenarnya ada dua jenis iaitu saiz 5.8 dan 6.3. Actually saya nak yang 5.8 sebab ada function dual sim tapi untuk 6.3 tak ada dual sim tu. Bila saya pergi Samsung Official Store memang ada 6.3 je, 5.8 tu memang tak ada dan bila tanya staff Samsung tu dia kata sebab tak masuk Malaysia. So sad, and saya proceed je beli 6.3 tu, waktu tu pujuk hati even tak dapat phone dual sim, screen besarrr gila. Haha. Best sangat k nak tengok movie or acah nak study guna phone je. Dulu saya tak ambil kisah pun specs bila beli phone ni, RAM ke battery capacity ke, storage ke ape-ape ke memang tahu pun sendu-sendu tapi tak rasa nak compare dengan phone lain bila nak membeli.

Kenapa saya kata Samsung Galaxy Mega 6.3 ni paling legend? Legend di mata saya jelah, orang lain tak la kan. Sebab saya guna phone ni lebih dari 5 tahun, dari zaman study sampai la dah kerja lebih setahun. Amazing kan. Dah kerja, dah ada duit sendiri pun tak rasa lagi nak beli phone lain sebab sayangg gila kat phone and still functioning well. Sampai ada orang kat office tegur la phone tu boleh buat tv sebab besar sangat =..= until one day phone ni start on off sendiri. Saya suspect sebab bateri, plus bila lepas full charge pun cepat betul bateri drop even tak guna phone sangat. Cable banyak kali jugak tukar, sebab charger port pun macam problem... then saya pun beli la another android phone, Huawei Honor Play Limited Edition.

Smart kan phone ni, masa ni memang nak cari phone low budget je sebab lagi sebulan lebih je nak kahwin, takut terguna bajet kahwin. Haha. Storage okayla, RAM pun berbaloi dengan harga sebab phone ni target market nya adalah gamers. Kenapa saya yang bukan gamer pun beli jugak? Sebab saya nak phone yang tahan lasak dan boleh guna lama dan saya rasa inilah phone nye... tapi malangnya selepas setahun 4 bulan dia mula buat hallll. Stress k stress.

Akhirnya saya beli lagi phone baruuu... phone apa? Next entry

No comments:

Post a Comment